Friday, August 27, 2010

Assalamulaikum wbt…(28 ogos 2010)


Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi yg masih memberi ruang utk al-fay bernafas ketika ini,dibangkitkan waktu pagi utk kita terus sujud kpd-Nya...selawat serta salam ke atas nabi junjungan besar kita Muhammad saw.....inilah blog pertama al-fay,yg tdklah sebegitu indah permai rupanya,tp hanya sekadar ingin berkongsi isi drpd kukunya...

Masa terus berlalu…waktu berganti waktu…seperti mana Allah swt amat menyanyangi hamba2-Nya,itulah erti kehidupan yg seharusnya insani manusia yg harus ptuh mnyembah perintah-Nya…

Manusia…apa yg berada di dalam hati manusia manelah mungkin kite mengetahui dgn sekali pandang saja,..ada kalanya yg kuat solatnya,tapi buruk perangainya,ada kalanya suka memberikan kata2 yg menuju ke arah kebaikan,tapi indah khabar dari rupa,ada kalanya memimpin dgn pnuh tanggungjawab,tapi memandang rendah keupayaan insan2 yg lain…mungkin itulah yg dikatakan manusia itu lemah,ya..tapi manusia jge sedari azali diberi kekuatan utk mengubah dan mengikis setiap onak ranjau bisikan syaitan yg sentiasa menghasut bagi org2 yg beriman…

Seperti mana Imam Al-Syafie berkata : seburuk-buruk keburukan adalah manusia yg sering mengatakan keburukan terhadap orang lain tanpa melihat keburukannya pd diri sendiri……erm, Perkataan + Amalan + Niat + Akidah (PANA) adalah satu pegangan kombinasi yg cukup kuat utk manusia merentasi ranjau kehidupan… kadang perkataannya baik,tp amalannya kurang, kadang amalannya berpanjangan, namun niatnya bukan kpd yg Maha Penyanyang, kadang niatnya baik,tapi terpesong plak akidah….umpama 2+4=8… sdah betul angka depan nun,tapi salah pulak jawapannya,nah…

Bercinta…alangkah indahnya…ape salahnya,bercinta kpd yg Maha Berkuasa ataupn kpd org tersayang…seperti mana firman Allah swt : Maka oleh itu, ingatlah kamu kepadaku (dgn mematuhi hukum dan undang2Ku) supaya Aku membalas kamu dgn kebaikan dan bersyukurlah kamu kpdKu dan jgnlah kamu mengkufuri (nikmatku),-surah al-Baqarah : 152-…namun kadang2 terpandang jua kita pasangan2 di kampusyg sering tidak lekang berjalan berdua-duaan, makan pn bersama…bertambah syok lagi bila pasangan tersebut siap berdoa bersama sebelum makan,kehkeeh…sudah betul jga 2,mensyukuri nikmat yg Tuhan berikan…tp itulah, tdk mengikut undang2 yg Tuhan yg telah ditetapkan… alangkah indah lagi bukan jika sekiranya sudah mempunyai tali ikatan,buatlah maksiat (bersama isteri) banyak2 pn,…bleh jd Tuhan tdk redha dgn kebahagiaan kita walaupn kita sudah mengikat ikatan pernikahan atas tiket maksiat yg telah kita lakukan sebelum itu…na’uzubillah…

Bersabarlah wahai geng,bkn ke kte diajar untuk bersabar…siapa tahu dgn kesabaran kita Tuhan membalas seribu kali kebaikan pd pasangan hidup kita…mmg hidup ini Tuhan jadikan berpasang-pasangan…depan & belakang,atas & bawah,kiri & kanan,bola & tiang gol,Nabi Adam & Hawa….namun apa jua perkara yg kita tdk dpt dlm hidup ni bukanlah bererti Tuhan tdk sayang pd kita walaupn kita sudah berusaha mmatuhi segala printah ajarannya..pujuk2 jelah diri dgn mengingat surah al-Baqarah,ayat 216 : Boleh jd kamu membenci ssuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jd pula kamu menyukai ssuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sdg kamu tdk mengetahui….

Masa….terus berlalu…sem ni akan berlabuh tirainya, atau mungkin penghijrahan bg ssiapa yg tdk dpt mneruskan niat asalnya trhdap ssuatu prkara mmg amat perit…smoga hikmah kebaikan mmberkati kita semua…welcome home everybody…wassalamualaikum

Nukilan:Al-Fay (yg hina dina)